Reka bentuk Lorong_bas

Lorong bas tidak semestinya sangat panjang, memandangkan ia hanya digunakan untuk memintas laluan sesak. Sesetengah bandar raya membina jajaran lorong bas khusus yang dikira sebagai satu sistem jalan raya tempatan yang berasingan, yang turut dikenali sebagai sistem alihan laju bas.

Seluruh bahagian jalan boleh diwartakan sebagai lorong bas (seperti Oxford Street di London atau Fulton Street di Bandaraya New York), yang hanya membenarkan bas, teksi serta kenderaan penghantaran sahaja, ataupun lorong bas kontra yang membenarkan bas untuk bergerak pada arah bertentangan.[2]

Sesetengah lorong bas hanya beroperasi pada waktu tertentu sahaja pada waktu siang, biasanya semasa waktu sesak, membenarkan kesemua kenderaan menggunakan lorong tersebut pada waktu lain, dan adalah lumrah untuk mempunyai lorong bas secara sehala sahaja (untuk lalu lintas waktu sesak pagi), dengan bas menggunakan lorong biasa pada arah bertentangan.

Lorong bas mungkin mempunyai lampu isyarat berasingan, untuk membenarkan keutaman di persimpangan.

Lorong bas ditandakan melalui pelbagai cara. Ia mesti ditandakan melalui garisan pada jalan raya dengan menggunakan warna yang mudah dikenal pasti; papan tanda memberi amaran lorong bas serta waktu larangan kenderaan biasa menggunakannya. Lorong pengasingan khas lain seperti lorong basikal dan lorong motosikal boleh ditandakan dengan cara yang sama.